Saturday, 25 January 2014

Subhanallah.. Hebat Sungguh Cinta Allah.

17 Januari 2014
SMWAP 2005

      Assalamualaikum, perkongsian bersama dari kelas Bro.Shams. Hari kedua untuk sesi PnP semester ni, seperti yang dijangkakan aku dapat sesuatu yang sangat menarik, menakjubkan dan menyedarkan. Benarlah firman Allah Subhanuwataa’la dalam kitab-Nya yang mulia:

“ Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, Tidak ada Tuhan selain dia, Tuhan ( yang mempunyai) A’rasy yang mulia.”
Surah Al-Mu’minun 23: 115-116

       Ya setiap apa yang Allah ciptakan itu pasti ada sebabnya. Tadi sekali lagi Bro. Shams menerangkan tentang Critical Thinking ni, Katanya kalau kamu sentiasa berfikir dengan mendalam tentang ciptaan yang manusia buat contoh sebatang pen, Subhanallah saya yakin kamu akan merasa kagum dengan idea yang mereka curahkan untuk buat sebatang pen. Itu hanya ciptaan manusia, cuba kamu tadabbur (menghayati) ciptaan yang Allah subhanahu wa taa’la ciptakan, saya yakin kamu bukan sahaja akan kagum malah kamu akan sentiasa merasakan hebatnya ciptaan Allah subhanahu wa taa’la.

     Cukuplah sekadar kamu berfikir tentang kuku yang Allah ciptakan dan diletakkan disetiap jari-jari kita, Subhanallah sungguh indah.  Cuba kita tanya kenapa Allah cipta kuku dan letak kat jari kita? Kenapa bila kuku tu dah panjang kita kena potong? Kuku ni mengingatkan kita tentang apa? .. Banyak soalan yang boleh kita tanya dan jawapan dia akan membuatkan kita muhasabah diri dan rasa betapa Allah sentiasa sayang kita.

     Cuba kita lihat keadaan kuku; waktu mula-mula tumbuh Nampak cantik dan berkilat. Bila dah makin tumbuh dan tumbuh lama-lama kita akan potong kuku tu. Nampak tak disitu kuku tu mengingatkan kita tentang kehidupan kita sebenarnya. Mula –mula kita dilahirkan Nampak comel je kan. Lepas tu kita membesar dan terus membesar menjadi kanak-kanak, remaja , dewasa dan tua. Akhir sekali bila dah sampai masanya kita dijemput Ilahi. Allah sebenarnya sentiasa mengingatkan kita tentang kematian kita. Orang yang sentiasa berfikir akan sedar tentang peringatan Allah padanya, dan akan membuat persediaan untuk bertemu Ilahi.

      Muhasabah diri macam mana pula dengan kita? Adakah kita sentiasa membuat persediaan bertemu Ilahi. Bukan orang lain, diri ini juga masih tertanya-tanya sudah bersediakah aku untuk bertemu Al Khaliq? Hidup di dunia tidak lama, hanya sebuah perjalanan dan tempat bercucuk tanam untuk dibuat bekal menuju Sang Pencipta.

      Mengorak langkahlah wahai diri, seorang hamba yang sentiasa mencari Redho Tuhannya. Lakukanlah apa jua kebaikan dan kebajikan yang akan membuatkan diri kamu mencapai Mardhotillah kerana itu yang akan membuatkan kamu bahagia di sana.

“ Perlu ada keredhaan Allah dalam Amalan kalian. Sekiranya Allah redho, sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… kerana itulah sepatutnya hanya Redho Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam perjalanan menuju negeri yang abadi.”

“ Apabila Allah dibesarka, Akhirat diutamakan, maka menjadi murah nilaian dunia ini dan rasa kecil segala manusia. Dan ketika itulah segal-galanya akan rela dipertaruhkan demi untuk mendapatkan keredhaan Allah dan meraih Syurga-Nya.”

       Dua kata-kata semangat yang sangat sangat sangat memberi kesan dan semangat untuk meneruskan langkah demi menggapai Redho-Nya walaupun kadang kala tidak dinafikan diri ini juga jatuh dalam kelalaian. Teruslah berdoa kepada Allah subhanahu wa taa’la yang memegang hati-hati kita untuk sentiasa menetapkan hati kita untuk sentiasa berada di jalan yang di redhoai-Nya.
Diri ini selalu berfikir dengan dosa yang menggunung ni mampukah aku untuk menjadi hamba Allah yang baik. Tapi firman Allah telah membuatkan hati ini kuat untuk terus berusaha menjadi yang terbaik. Allah berfirman dengan penuh kasih sayang:

“ Apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan ataupun bala bencana, ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan daripada perbuatan yang salah dan berdosa. Pada masa yang sama, Allah memaafkan sebahagian daripada dosa-dosamu. Kamu tidak dapat melemahkan kuasa Allah menimpa kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri dimana sahaja dimuka bumi ataupun langit. Kamu juga tidak beroleh sesiapa pun yang lain daripada Allah sebagai pelindung ataupun pemberi pertolongan.”
Asy Syura: 30-31


Untuk kita pendosa, harapan selalu ada. Kasih Sayang Allah lebih luas daripada kemurkaan-Nya. Subhanallah Hebatkan Cinta Allah kepada Kita. 

No comments:

Post a Comment