Friday, 6 December 2013

Pengalaman

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah dah hampir 2 bulan lebih cuti.. banyak benda baru dan pengalaman yang tak sangka langsung dapat ku timba sepanjang cuti semester ni... 

first sekali untuk cuti kali ni my dad suruh ambik lesen motor dan kereta la sebab dah lama ayah tunggu cuti yang panjang macam ni sebab princess dia sorang ni ja yang blom ambik lesen lagi orang lain semua abis ja SPM trus masok driving school sambung belajaq la katakan haha..
Banyak juga benda yang aku belajaq waktu kat driving school ni , dan tak sabaq nak menanti apa pula yang akan aku dapat lepas ni sebab lambat lagi nak abis .. kemungkinan tak sempat nak ambik test JPJ waktu cuti ni kena sambung sampai dah start balik kulliyah .. antara yang aku dapat pengalaman mula nak bergaul dengan orang yang lebih tua, maklumlah sekolah memandu ni pelbagai peringkat usia ada... dan nak berkomunikasi dengan cikgu-cikgu kat sekolah memandu ni.. pening jugak 1st time masok klas balik kena marah ngan my mom sebab aku cerita aku tak teguq sapa pon yang dok kat sebelah aku.. just tunggu org tu teguq dulu baru aku cakap.. my mom said ~ " jangan macam tu nanti orang cakap kita sombong, jangan hanya belajaq tinggi tapi muamalah dengan orang FAIL". haha ambik kau dah kena sebijik .. by the way Thanks a lot mom ... you make me learn how to communicate with other ... then lepas tu aku terus start teguq..mula denga adik-adik yang lebih muda lepastu dah ok nak cakap dengan org yang lebih tua .. dah kurang sikit malu dan segan aku yang tak bertempat tu.. SENTAP.. 

Kedua .. macam tak percaya sepanjang cuti ni aku belajaq memasak.. haha lawak kan.. dulu bila mak suruh masak ja, muka macam apa lagi.. sebab aku memang tak minat langsong nak masuk dapuq .. Makan aku suka sebab tu makin Comel je.. haha Ingat lagi; ada satu hari tu mak suruh aku tolong dia goreng kerisik, nak goreng tu kan makan masa lama, waktu tu mak aku nak buat rendang untuk raya kot. aku ni memang malas la kan pastu buat la muka yang tak berapa best and mak memang paham sangat la kan, pastu mak kata " tak payah nak buat muka macam tu. Jadi perempuan macam mna pun nanti kena masuk dapuq jgak". sambil aku senyum aku kata" kenapa kak tak suka masak ei??? Masalah besaq ni bagi orang pompuan.." Mak aku gelak terok kot . Apa punya soalan la aku tanya.. Tau mak aku jawab apa .. "Mana la mak nak tau sebab apa Kak tak -suka masak..." haha padan dengan muka tanya soalan tah apa-apa..apa-apa pon sekarang dah boleh sikit la masak.. kiranya tak kebulur la adik-adik aku kalau mak ngan ayah aku tak dak kat umah.. 

Aku juga belajaq banyak benda dari mak and ayah. Ayah ajaq aku memandu, waaaa!!! menakjubkan ayah tak marah langsung waktu ayah ajaq ..takot jugak sebab waktu abang aku belajaq ngan ayah dulu klu silap ja kompom kenan marah.. kira-kira sebelum belajaq tu kena buat persediaan fizikal yang paling penting mental... apa-apa pun syukran kathir walid... Uhibbuka jiddan jiddan.. <3.. Mak banyak la teguq tentang akhlak, cara pakai, bnyak la yang mak teguq and yang paling menarik mak suruh aku baca semua buku-buku yang dia beli... tentang sirah-sira nabi, para sahabat, tentang Islam .. banyak la juga tapi aku dah baca sikit ja baru.. dia kata bila kita dah baca tentang sejarah ni In Shaa Allah kita aka mula contohi dan kita tau tentang zaman-zaman rasulullah dulu.. So Kak Masyi (Kak Usrah kat kampus) dont worry ok .. Saya dibawah kawalan my mom and my dad.. hehe Rindu akak ..kita jumpa lepas cuti ya.. :)

klu nak cerita lagi banyak sanagt benda baru yang dapat.. apa-apa pun Terima Kasih Allah atas pemberian Nikmat yang tak terhingga, anugerahkan mak dan ayah yang terbaik.. siblings yang ..Wow!!! the best in the world.. dan pengalaman yang menakjubkan..Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar.

11:25 pm
Teratak Kasih Mak dan Ayah <3
Kuala Nerang
Kedah.
071213



Sunday, 24 November 2013

Permata Yang Tersembunyi

Alhamdulillah pada tanggal Mei 2011, Aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa dalam pengkhususan Bahasa Arab. Alhamdulillah di beri kesempatan untuk mendalami bahasa Al-Quran, bahasa Syurga dan bahasa yang dituturkan oleh rasul tercinta Muhammad صلى الله عليه ؤسلم . Tercapai juga hajat ibu tercinta untuk melihat salah seorang dari Putera atau Puterinya melanjutkan dan mendalami ilmu bahasa arab.

Sebelum berangkatnya aku untuk meneruskan perjuangan dalam medan ilmu, berlegar-legar di fiiran tentang kerisauan untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh mencabar. Banyak cerita-cerita yang aku dengar sebelum ini seperti ramai anak muda yang tidak dapat mengawal diri setelah melanjutkan pelajaran ke universiti contohnya pemudi yang sebelumnya menutup aurat kini meninggalkan semua itu kerana mengikut arus kemodenan yang mengikut acuan yahudi laknatullah, pemuda pemudi yang meninggalkan solat kerana lalai dengan kebebasan yang sebelum ini tidak pernah dirasai . Mampukah aku menghadapi semua itu? Dengan berbekalkan tarbiah yang diberi ketika di bangku sekolah, iman yang masih goyah, jiwa muda yang terlalu mengikut keseronokkan.. Mampukah Aku??? persoalan yang tak mungkin dapat dijawab ketika itu.

Pesan Guru, sewaktu hari-hari terakhir berada di Bumi Tarbiyyah yang banyak melahirkan Ulamak dan para cendekiawan, slah seorangnya Cikgu Hanif, Cikgu Add Math yang bersahaja tapi setiap tingkah lakunya memberi didikan buat ku. Katanya: " Jaga diri baik-baik waktu kat universiti nanti sebab kamu akan berhadapan dengan dunia yang tak pernah kamu lalui sebelum ni (dunia yang penuh kebebasan), sekarang kamu masih dalam pagar (kamu diawasi dan dipantau oleh guru-guru,ibu dan ayah kamu, dikelilingi kawan-kawan yang sentiasa saling mengingati).Pilih kawan yang baik-baik, supaya kamu tidak tergelincir."
Banyak guru yang berpesan benda yang sama.

Kerisauan ku terubat kerana dengan Rahmat Allah subhanahu wataala dia mengirimkan aku seseorang yang sentiasa mengajak kepada kebaikan. Kedatangannya ke UIA dirahsiakan dari pengetahuanku, selesai pendaftaran baru ku tahu dia juga ditawarkan di universiti yang sama denganku. Di takdirkan Yang Maha Esa kami ditempatkan di kelas yang sama. Persahabatan km menjadi semakin akrab. dari situ dia mula mengajar aku erti persahabatan kerana Allah. Bersahabata bukan sahaja di waktu senang tetapi diwaktu susah juga. Bukan sahaja berkaitan dunia malah dia juga mengajakku untuk membuat persediaan untuk hari akhirat.

Mungkin dia tidak sedar aku belajar semua tu dari dia, kerana aku belajar semua itu dari gerak gerinya, ibadahnya, aktiviti hariannya, percapkapannya, pergaulan dan banyak lagi. seorang yang tak pernah jemu mengajak sahabatnya ini untuk menghadiri majlis-majlis talaqi demi pengisian jiwa agar sentiasa mengingati Sang Pencipta, mengikat sahabatnya ini agar tidak terus lalai dengan dunia.

Setiap malam, mengabdikan diri dalam tahajjudnya, mensyukuri dengan Dhuhanya  membuatkan aku cemburu dengan ibadahnya. Amalan -amalan sunnah Rasulullah sentiasa menjadi teladan di setiap aktiviti hariannya, dari cara makannya, puasa-puasa sunatnya...

Tidak dinafikan masih ada kekurangan dalam dirinya; kerana kita manusia pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Tetapi kelebihannya adalah anugerah Allah untuk menjadi pelengkap kekurangan diriku.
Tidak dinafikan juga kadang kala berlaku perselisihan faham antara kami, itu lumrah kehidupan manusia.. sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula hubugan persahabatan. Berkat Rahmat dan Sayang Allah hubungan kami sentiasa terjaga.

Terima Kasih Ya Allah atas anugerahmu, Permata yang tersembunyi kini telah kutemui sebagai peneman dalam mengharungi dunia demi mencapai Redho-Mu. Semoga persahabatan ini akan sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan Rahmat-Mu. Jika suatu hari nanti perpisahan bakal menemui kami, aku menyukuri ketentuan -Mu Ya Rabbi; kerana dengan perpisahan ini mempertemukan aku dengan insah ini, aku dapat merasai nikmat  untaian Ukhuwah yang kulalui bersamanya Kerana -MU. Semoga Ukhuwah ini sehingga ke Jannah.

Terima Kasih Ya Allah

~Kuala Nerang~
~2:48 pm~



Friday, 22 November 2013

Ku Insafi



بسم الله الرحمن الرحيم




Malam suram litupi malam,

Resah hati peristiwa semalam,

Mengimbau suatu kenangan silam,

Tangis harapan tiada keampunan,

Ku hampiri denai sepi,

Mendamba kan NUR ILAHI,

Pedoman agung petunjuk hati,

Imanku satu ukuran diri,

Sayu ku dengar gemersik alunan ayat-Mu,

Dibalik kabus penuh kesamaran.. hinanya diri,

Kudus sendirian,

Tiada terasa nikmatnya iman,

Namun aku merindumu ya robbi,

Doa ku pohon, hidayah kucari,

Air mata jadi saksi akan dosa ku insafi,

Ampuni daku, ampuni daku, ampuni daku ya robbi.

~Zayyan~

Berdakwah itu tak semestinya melalui kata-kata, kadang-kadang melalui hiburan seperti nasyid juga membuatkan seseorang mula terfikir dan bermuhasabah diri. 
Islam itu Indah.
Berhiburlah cara Islam.






Saturday, 28 September 2013

Secankir Kenangan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. pejam celik, pejam celik dah habis sem 1 tahun last kt cfs iium ni... banyak kenangan dan ilmu-ilmu yang baru diperolehi dari pensyarah-pensyarah ku.. cabaran dan dugaan dilalui bersama classmate yang comel-comel dalam menyiapkan assignment yang diamanahkan, melalui dugaan dalam menuntut ilmu... segala perit jerih dilalui bersama..


bersama dengan madam anisah ramli..
(Pensyarah Intro. To Human Science)



Candid...

Thanks Madam sebab ajarkan tentang sosiology, politik, antropology, psychology,communication... 1st time belajaq semua ni dan tak pernah terbayang yang akan belajaq semua ni... TAPI.. madam bukan saja ajaq apa dalam buku; madam selalu bacakan paper untuk kami semua sebab dia nak kami ambil tau jugak tentang masalah sekarang terutamanya masalah umat islam...dari situ ia memberi kesedaran supaya jangan lupa ambil tahu tentang masalah umat islam sekarang jangan asyik jadi macam katak bawah tempurung ja. try to do the best in study.. moga dapat membatu menegakkan agama islam..

Ustaz  Mazheng Bing Yunus Abdullah..
Ustaz ajaq sorf ala arabi 
Ustaz Mazheng warganegara china (Beijing), bangga dengan ustaz walaupun dia chinese tapi dya boleh cakap melayu. ada sekali tu ustaz nak capak sudu tai dia sebut dusu, satu kelas pening pikir apa yang ustaz nak cakap last skali lepas ustaz explain dengan gaya bagai baru kamis emua paham ... haha satu kelas gelas... Belajaq bahasa arab dengan cikgu cina pengalam yang paling menakjubkan... Hebat Ustaz..

Semester ni ada 5 pensyarah yang ajaq lagi tiga orang tak sempat nak take picture.. (Ustaz Maad (Iraq), Ustaz Majid (Kelantanes), Madam Faridah Hanem)...

Ustaz majid selalu syair dalam kelas and dia ustaz paling sempoi sekali.. tak larat nak gelak klu masuk kelas dya... Suka bila ustaz berkata-kata penuh dengan balaghah dan mantik .. Hebat..Hebat..

Ustaz Maad pulak seorang murabbi yang selalu memberi nasihat seperti seorang ayah... nasihat yang paling terkesan sekali... Ustaz cakap : kamu kena belajar sungguh-sungguh dan bersyukur sebab kamu Allah kurniakan keamanan buat negara kamu. Umat Islam hidup dalam keadaan aman, boleh bergerak beras.. sedangkan negara lain, timur tengan umat islam dihujani dengan bom,barat umat islam ditindas dan banya lagi. Umat Islam hidup dalam keadaan sengsara, derita... Bersyukurlah, Guna segala nikmat yang Allah anugerahkan dengan baik.. Sebab Ustaz kata JANGAN LUPA setiap saat kamu didunia semuanya akan dihitung oleh ALLAH di akhirat kelak.

Baru terfikir Malaysia satu-satunya negara yang Allah pilih Umat islam di Malaysia hidup dalam keadaa aman dan bebas melakukan apa saja.. Tapi kita sebagai warganegara Malaysia APA YANG KITA BUAT?? tanya diri sndiri.... sedarlah kita hidup penuh dengan kenikmatan tapi ADAKAH KITA BERSYUKUR ??
memang terkesan dalam hati apa yang ustaz Maad pesan... sakit dada tahan sebak.. :'(

Madam Faridah Hanem (Pensyarah Computer) juga seorang pensyarah yang tak pernah lekang dengan nasihat dan peringatan-peringat yang membantu diri untuk sentiasa muhasabah diri dan semangat sentiasa... madam selalu mengaitkan computer dengan kehidupan kita sebagai umat islam. Dengan komputer adanya internet, dengan internet ia membantu kita untuk berhubung dengan orang lain tapi kita kena bayaq bil internet tiap-tiap bulan TAPI kalu kita nak berhubung dengan Allah, doa kita wireless tak payah nak guna elektrik dan tak payah nak bayar bil tiap-tiap bulan... Free ja. tapi tulah manusia selalu lupa dan lebih mencari keseronokkan dunia, padahal dengan jelas ianya bukan percuma perlu dibayar sedagkan nak berhubung dengan Allah percuma tapi kita tak guna pun doa, solat ,ibadah untuk berhubung dengan Allah..Tu lah manusia sombong selalu lalai dengan kenikmatan dunia.. Guna lah teknologi dengan baik jangan sampai kita lupa pada Allah yang menganugerahkan akal untuk kita cipta teknologi...

Banyak benda yang berguna buat diri..tersa Nikmat menuntut ilmu :)
Ilmu Allah tu luas sangat, Lagi kita belajar, Lagi banyak benda yang kita tak tahu rupanya..
Tuntutlah ilmu walau kat mana pun kita....
Bila dah ada ilmu jangan lupa untuk beramal
sebab....
العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر

Ku doakan moga Allah memberkati kalian guru-guru ku..
Buat sahabat-sabat moga berjaya di dunia dan Akhirat...
Sweet memory

Semester 1, Tahun Akhir
CFS IIUM
Bachelor Of Arabic..
29 September 2013
Khadijah college..
1:11 am



.



Saturday, 14 September 2013

A Day With An-Nasuha

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. Finally dapat jugak selesaikan satu projek kelas untuk sem ni.. walaupun ianya adalah assignment TAPI bagi diriku ia bukannya sekadar Assaignment.. Ia adalah satu pengalaman yang paling berharga bagi diri yang pertama kalinya melibatkan diri dalam aktiviti yang macam ni.. Program bersama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Al-Nasuha.. The Best Moment..

Sebenarnya, program ni adalah salah satu assignment untuk subjek intro to Human Science, first rancang nak buat tu memang tak sangka akan dianugerahkan pengalaman yang berharga ni dan juga mempotretkan kenangan dengan Adik-adik An-Nasuha.. Banyakla dugaan dan cabaran nak siapkan perancangan dan gerak kerja untuk program ni; tak indahlah perjuangan tanpa ujian dan cabaran.

Alhamdulillah lebih kurang sebulan lebih jugakla penyusunan program dilakukan.. Akhirnya hari ni Allah telah memudahkan urusan saya dan sahabat-sahabat seperjuangan.. sangat-sangat syukur dan bahagia.. :)

ni la antara gambar Kami dan Adik-adik Al-Nasuha.. tapi tak semua la .. hehe

Ni  la orang kuat untuk program ni:-
Program manager: Islamuddin
Assistance Program Manager: Masyitah
Depa dua orang pantai timur hehe senang nak berkomunikasi
PM(Islamuddin), Mak (pengasuh anak-anak Al-Nasuha), Assistance PM(Masyitah)




 Antara Aktiviti yang kami buat dengan Adik-Adik Annasuha

Group Bro.Muiz
Sangat menarik tredmark depa.. semua suka


Muiz, Mutawaddi, PM (Islamuddin) dan Adik-adik Al Nasuha yang active sangat
(excited dapat hadiah)
sempat lagi poss lpas buat cfs tour.. penat lawat resort,zoo bagai hehe
still tak lupa Rabia.. save egypt

Ni waktu Explorace:- gelagat para fasilitator sementara tunggu adik-adik sampai kat checkpoint depa ..macam-macam... fenin kepala..
2 orang fesi yang tengah tunggu adik-adik datang check point (explorace)
fesi yang kt belakang tu sibuk sediakan makanan untuk adik-adik.. :)

Antara fasilitator brothers yang terlibat untuk checkpoint explorace

Adik-adik dah sampai!! Brother Hidayat menerangkan procedure kat depa...



Banyak pelajaran baru yang dapat dari adik-adik ni.. walaupun depa semua kacik-kecik lagi tapi bila melihat dari segi kekuatan, ketabahan dan keberanian depa rasa diri ni kerdil ja.. walaupun umur lebih tua dr depa..mereka diuji dengan Allah mengambil Kedua Ibu bapa mereka sebelum mereka sempat menjadi dewasa yang pandai berdikari untuk hidup sendiri, dapat menabur bakti kepada kedua orang tua mereka.. mereka belum puas merasa kasih sayang dari ibu bapa mereka.. tapi apa yang telah ditentukan adalah yang terbaik, Allah itu pencipta kita dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.. Dari mereka aku belajar erti syukur, menghargai, ketabahan, kekuatan untuk menhadapi segala cabaran dan dugaan hidup oleh Allah S.W.T ..


Akak doakan yang terbaik buat kalian,
Kalian insan istimewa yang dipilih oleh Yang Maha Esa,
Insan yang Nabi Muhammad kasihi.
Terima Kasih sebab sudi mencipta kenangan dalam hidup akak dan menghadiahkan segulung pengalaman yang belum tentu dapat oleh insan lain..


Kenangan yang dilukis bersama
With Much Love <3<3<3<3 Al-Nasuha

 Moga Allah mempertemukan kita kembali..
In Shaa Allah...
Thank you Madam Anisah bagi kami semua timba pengalaaman yang indah ni<
Thanks jugak sahabat-sahabat G502 dan G504 Sweet memory.. hehe sory la mira bising sikit..

Friday, 6 September 2013

Anugerah

Bismillahirrahmanirrahim..

     Alhamdulillah dah hampir setahun lebih dah menjalani kehidupan sebagai student kat CFS IIUM kampus Petaling Jaya .. limpahan syukur kepada Allah S.W.T sebab telah memberi peluang untuk mendalami Bahasa Al-quran dan bahasa Syurga yang sangat unik dan istimewa..

    Di sini jugalah aku mula belajar untuk berdikari.. hehe dulu naik bas pon tak tahu, sebab kat sekolah dulu ayah yang hantaq dan ambik kat asrama... tak pernah sepanjang lima tahun dok kat Maahad balik naik bas walaupun sekali. Tak pernah. belajar cara bersosial dengan orang dan berurusan dengan pejabat. Dulu asal kena berurusan dengan pejabat ja mintak tolong abang atau adik ( malu tak bertempat) . Kat Taman Ilmu dan Budi ni jugak lah aku diketemukan dengan insan-insan yang istimewa, yang mengajar aku macam-macam ilmu baru yang bermanfaat dan juga yang sama-sama berjuang di medan ilmu demi untuk mencapai Mardhotillah..

Roomate yang macam-macam :-


Wahida Amalin...

Huda zahri .. selalu pi program sekali
 ( bersama ustazah Fatimah Syarha, bedah buku Cinta High Class.. kat KLCC)



Bersama senior maahad dulu kat UM.. Kak Jalidah Hidayati  


Huda Hassan .... Roomate paling kecik sekali
(selalu kena buli.. kesian..)



Roomate yang sentiasa memberi kenangan yang Indah...

Now.. sahabat-sahabat yang selalu ada disisi walau susah senang... Indah kalau bersahabat kerana Allah, sentiasa  menerima kekurangan dan kelebihan.. <3<3<3



4 sekawan yang selalu balik kedah sekali...
( Yana, Atie dan wahida )

     Nur Izzati Mazrul (Atie) peneman kongsi cerita suka dan duka.. dan Liyana (yana) plak peneman setia balik Aloq Staq..


With my belove classmate ; Enie and Nor
We are BAR student

classmate yang selalu susah senang bersama dalam menuntut ilmu bahasa arab.. sama-sama munakhoshah sorf al arabi sekali.. sama-sama pening pikir soalan yang kena tanya kat Ustaz Yunus Mazheng Bin dan sama-sama hadapi assignment (soalan) kena reject dengan ustaz (saat paling sedih sekali).. tapi syukron Ustaz Mazheng sebab cipta kenangan terindah yang mungkin orang lain tak dapat.. hehe walaupun selalu kena reject soalan tapi still best sangat-sangat belajaq ngan ustaz..


Enie and Me .
Dua insan yang selalu keluaq kelas paling awal..hehe kadang-kadang kalah brothers

Inilah insan-insan yang Allah anugerahkan untuk saya .. menjadi sahabat yang sentiasa menerima baik buruk diri ini, yang sentiasa menjadi peneman suka dan duka.. harap dapat menjadi sahabat yang terbaik buat depa semua.. In Shaa Allah :) 


SAHABAT SAMPAI SYURGA 

In Shaa Allah

: )


~614,Khadijah College CFS IIUM PJ~
10:54 MALAM
SAYYIDUL AYYAM
6 SEPT 2013





Sunday, 1 September 2013

Diri...Diri....

     Suasana sunyi mula menjengah diri yag masih belum diberi kesempatan untuk melelapkan mata dek kerana ingin menyelesaikan amanah yang di berikan oleh murabbi. Walaubagaimanapun, diri mula ingin mengikut jejak langkah sahabat-sahabat sebilik yang sudah pun mula melayari bahtera malam bagi merehatkan diri sebelum bangun semula untuk bermunajat dan merintih tentang dosa-dosa diri pada Sang Pencipta yang Agung. Kerinduan pada ayahanda dan bonda di kampung jugak tidak melepaskan peluang untuk berada di fikiranku dan hati yang sedang dirundung pilu ini. Ketabahan dan kekuatan yang dianugerahkan oleh yang Maha Pemurah menjadi peneman di perjalanan dalam meneruskan perjuangan demi mencapai mardhotillah yang sentiasa menjadi dambaan Para Muttaqin.
Bila difikirkan ...... tentang diri...
Siapalah kita tanpa Allah kn...

Ya Allah jika aku hidup tanpa mu,
sangat menderitalah diri ini,
 hidup dalam resah gelisah,
jalan tanpa cahaya petunjuk- Nya...
gelap gelita merangkak mencari sinar,
Sunyi hati dari rahmat Allah..
Hidup tanpa ada manfaat walaupun setitis..

Kadang - kadang rasa diri selalu lupa untuk mengingati-Nya kerana lalai dengan permainandunia yang hanya membuatkan manusia menjadi buta mata, pekak telinga, hilang kewarasan fikiranuntuk menemui cahaya yang akan membawa dan menjadi penyuluh buat diri dalam menyusuri jalan-menemui Al Khaliq yang di penuhi dengan duri-duri yang akan membuatkan diri terluka...

Sedih dengan diri sendiri yang sanggup menzalimi diri sendiri hanya kerana permainan dunia yang akan musnah suatu hari nanti...

Moga menjadi hamba yang sentiasa memburu Cinta Al -Khaliq



~ muhasabah diri yang selalu lupa~
UIA PJ .. 2SEPT2013-1:00PAGI




Friday, 16 August 2013

Siapa Mereka di Hati Kita ???

Disaat kita di Malaysia masih diselubungi dengan kemeriahan Eid-Fitr,
Masih seronok menikmati Ketupat, Lemang dan aneka makanan yang enak,
Masih rancak berbual dan bergurau senda bersama keluarga, sahabat dan kaum kerabat,
Masih leka dengan keseronokkan tayangan hiburan di kaca TV,
Masih ramai juga diantara kita sedang leka dengan perkara yang melalaikan..

Disaat ini juga saudara-saudara se-Islam kita..
Di Mesir sedang berjuang bermati-matian menentang taghut durjana demi mepertahankan Islam,
Disaat ini juga saudara-saudara kita disana sedang menangisi pemergian ahli keluarga tercinta,
Disaat ini mereka sedang menghimpunkan ketabahan demi menghadapi hari-hari mendatang yang tidak tahu lagi bagaimana keadaannya..

Tapi dimana mereka diminda kita???, dimana mereka dihati kita???

Adakah mereka sentiasa dalam doa kita??
Adakah mereka yang sedang berlegar-legar diminda kita??
Adakah kita sedang fikirkan keadaan mereka??
Adakah kita sedang menghulurkan walaupun hanya secebis bantuan??

Buat diri ini dan sahabat-sahabat semuanya..
Jika kita masih merasakan mereka adalah saudara kita..
Apa tindakan kita untuk membantu saudara kita??
Sedarlah saudaraku setiap amal kita akan ditanya di Akhirat kelak..
Apa jawapan kita pada Allah jika kita hanya berdiam diri sahaja sedangkan saudara-saudara kita di mesir sedang berusaha mempertahankan diri dan agama daripada dipermainkan oleh golongan Taghut...

Buatlah sesuatu untuk saudara Kita disana..
Walaupun hanya dengan menadahkan tangan memohon doa kepada Allah S.W.T.
agar saudara kita disana mendapat bantuan daripada Allah S.W.T dan dilindungi daripada kejahatan mereka-mereka yang zalim..
Doakan agar Allah S.W.T memberi kemenangan keatas orang Islam disana..

In Shaa Allah..





Jika yahudi hebat dengan senjata mereka,
Kita Islam hebat dengan doa dan ikatan persaudaraan dan kasih sayang diantara saudara seagama kita..

Jangan hanya pandai menunding jari siapa salah dan siapa betul,
Tapi tanyalah diri apa tindakan kita buat saudara se-Islam kita disana,

Antara doa yang boleh kita bacakan..
Baca pada waktu Asar, Maghrib dan Isyak..
Doa Qunut Nazilah..
boleh tengok video doa qunut nazilah dr UNIC kat link bawah ni..
https://www.youtube.com/watch?v=83_M2ODPl2o&feature=youtube_gdata_player

Tepuk dada Tanyalah Iman..
Wallahu'alam..






Tuesday, 6 August 2013

Amalan untuk musnahkan kenser


Just nak kongsi .. moga2 bermanfaat...

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Insyallah.

Sunday, 4 August 2013

Kerana Aku Seorang Muslimah



Dahulu
Cita-citaku
Ingin menjadi seorang pendakwah bebas
Ingin menjadi seorang  penegak syiar Ilahi
Kerana bagiku
itulah hakikat untuk mencari CintaNya
Kini
Cita-citaku
Mungkin hanya untuk menjadi seorang guru tadika
Walaupun bergelar seorang mahasiswa
Mungkin hanya seorang pendidik
untuk permata yang tercinta
Mungkin jua hanya seorang  tempat  berkongsi ilmu
Buat keluarga tercinta
Buat sahabat sesama kaum hawa
Kerana kini ku mengerti
Aku hanyalah seorang muslimah
Takut andainya menjadi  “fitnah”
Andai aku menzahirkan “hiasan” peribadiku
Bukan pada tempatnya
Hati ini tersimpan jua satu cita-cita
Ingin jua ku bermimpi
Menjadi Seorang bidadari dunia
Dan jua salah seorang daripada bidadari syurga
(Walaupun ku tahu mungkin aku jua bukan ahlinya)
Yang penuh setia berkhidmat sebagai seorang hamba
Dan juga sebagai seorang pendamping setia
tapi hidup ini hakikatnya
yang paling utama
aku mengharapkan
cinta seorang hamba
buat Rabnya
bisa melewati pintu-pintu syurga

kata-kata kat atas ni saya baca dari FB yang sahabat saya post.. bila baca ni saya terfikir dan bersyukur kerana menjadi seorang perempuan muslimah.. nak tahu kenapa??

sebabnya adalah...

kita sebagai perempuan Allah anugerahkan satu nikmat yang tiada pada kaum Adam iaitu mampu melahirkan..dengan melahirkan zuriat kita dapat mendidik zuriat kita untuk menjadi seorang penegak syiar Ilahi.. Betul tak??

seperti kisah "Al-khansa" gelaran kepada seorang ibu yang melahirkan dan mendidik empat orang puteranya menjadi  mujahiddin dan telah syahid dalam perang Al- Qadisiyyah yang terkenal dalam sejarah islam. dan dikisahkan sebelum peperangan itu berlaku , telah berlaku pendebatan di antara putera-putera Al- Khansa iaitu siapa dikalangan mereka yang bakal tinggal bersama ibu mereka dan siapa yang bakal keluar berperang. Mereka saling tunjuk- menunjuk sesama mereka supaya tinggal bersama ibu kerana mereka semua berebut- rebut untuk keluar berperang. perdebatan mereka akhirnya didengari oleh ibu mereka . Maka berkatalah si ibu kepada putera-puteranya :

"“Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini putera-putera daripada seorang lelaki dan daripada seorang perempuan yang sama. Tidak patut bagiku untuk mengkhianati bapamu, atau memalukan bapa saudaramu, atau menconteng arang di kening keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsingkanlah lengan baju dan berangkatlah, majulah ke barisan paling depan niscaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat, negeri keabadian. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati. Wahai anakku, carilah maut nescaya dianugerahi hidup.”
Begitulah hasil didikan seorang ibu yang menyerahkan anak-anaknya untuk menegakkan agama Allah.

kisah ni patut dijadikan teladan oleh kaum Hawa kerana walaupun kita tak mampu untuk keluar berperang seperti kaum Adam tetapi dengan izin Allah S.W.T kita mampu untuk melahirkan dan mendidik pemuda-pemuda yang berjiwa kental dan sentiasa mempunyai semangat berkobar- kobar untuk berjuang di jalan Allah S.W.T. Melahirkan pemuda-pemuda yang hidupnya berpegang pada Al- Quran dan As-Sunnah. Sesungguhya sangat indah jika kita mampu untuk menjadi seperti Al Khansa. dan saya yakin berbekalkan usaha, ilmu dan keyakinan kita pada  Allah S.W.T . In shaa Allah kita juga mampu menjadi seperti Al-Khansa..

seperti kata pepatah :"tangan yang disangka lembut menghayun buaian telah menggoncang dunia mencipta sejarah ".