Saturday, 25 January 2014

Intention buat aku berfikir sejenak

14 Januari 2014
AX201

     Alhamdulillah hari pertama menjejak kaki di kelas critical and creative thinking bersama Bro. Shams. Sebelum ni selalu dengar orang bercerita tentang Bro. Shams; seorang yang sangat tepati masa, dan pengajarannya sangat menarik walaupun usia dia sangat muda baru mencecah 28 tahun tapi cara pengajarannya seperti seorang pensyarah yang sangat berpengalaman. Perasaan pertama aku, bila dapat tahu Bro. Shams yang akan mengajar aku subjek critical and creative thinking ni sangat sangat gembira, gementar dan teruja nak masuk kelas.
     Dan hari ini , ya aku memang ada kat kelas Bro. Shams. Hari pertama dah lewat masuk kelas sebab tersalah kelas dan tak tahu yang jadual tempat kelas dah berubah. Disebabkan hari pertama, jadi dimaafkan. Pertanyaan pertama dari Bro. Shams ialah “ why you are here?” and “Why are you study?” kami semua perlu tulis jawapan dalam satu kertas kecil yang Bro. bagi kepada semua. Kata nya :” selepas saya baca jawapan kamu, jika saya letak di sebelah kanan saya, kamu lulus tetapi jika saya letas kertas kamu di sebelah kiri, kamu gagal.” Waktu tu semua pelajar dalam kelas ‘sentap’ sebentar.
Seorang demi seorang ditanya, dan berlaku sedikit pendebatan antara pelajar yang ditanya dan Bro. Shams, tetapi ada juga dikalangan rakan-rakan sekelasku yang tidak ditanya, hanya perlu duduk kerana jawapan yang mereka berikan memuaskan hati Bro. Shams. Dan tibalah masanya aku ditanya, Bro. Shams: you write here, you want to study more about Arabic and to full fill your responsibility as a muslim. So what do you mean with your responsibility as a muslim here?” Alhamdulillah dengan lancar lidah menjawab “ Allah ask us to study”.” ok, you can seat.” Itu jawapan yang Bro. Shams bagi kat aku. Lega hati waktu tu tapi masih berlegar-legar diminda, apa sebenarnya yang Bro. Shams nak sampaikan. Apa maksud di sebalik lulus dan gagal tu.
    Selepas satu jam, semua rakan sekelas aku dah ditanya oleh Bro. Shams. Ada yang gagal dan ada yang lulus. Alhamdulillah aku termasuk dalam golongan yang lulus. Bila Bro. Shams jelaskan kenapa dia buat macam tu, sebab dia nak tahu niat kami semua belajar. Ada dikalangan kami yang menjawab, sebab nak jadi seorang pensyarah yang hebat, nak jadi translator yang Berjaya, sebab saya suka belajar . semua jawapan tu tak salah tapi bila kita niat belajar untuk dapat ganjaran semata-mata atau sebab kita suka , apa akan jadi jika kita tak dapat apa yang kita nak dan kita kena belajar apa yang kita suka?. Jawapannya kita semua akan kecewa dan kita kan mudah putus asa . waktu tu aku mula berfikir, macam mana denagn niat aku ? Kata Bro. Shams lagi jika kamu belajar kerana melaksanakan tanggungjawab kamu sebagai seorang Islam, taat kepada perintah Allah dan tidak mengharapkan sebarang ganjaran atau balasan , In Shaa Allah kamu akan sentiasa berusaha dan tidak putus asa jika kamu mendapat sesuatu yang tidak memuaskan.
Ya penjelasan yang sangat ringkas tapi memberi kesan yang sangat dalam. Setelah mendengar penjelasan Bro. Shams yang sangat menarik dan menakjubkan itu; tiba-tiba ku terfikir… ibu selalu cakap benda yang sama tapi kenapa aku tak pernah terfikir pon tentang niat ni. Ibu selalu pesan bila aku tanya, “nanti kalau akak belajar bahasa arab dah habis nanti akan nak kerja apa?” , “apa yang akan akak dapat kalau akak belajar semua ni?” ; itu antara soalan yang  selalu tanya dulu… Jawapan ibu sentiasa sama bila soalan-soalan sebegitu aku ajukan. Kata ibu: “ Kita belajar ni bukan sebab kita nak dapat kerja bagus, nak jadi kaya atau sebagainya. Ingatlah kita belajar kerana Allah semata-mata, nak bantu mengangkat martabat islam. Tentang kerja, Berjaya ke kita waktu belajar, dapat A ka kita untuk subjek yang kita dalami, itu semua tak penting sebab segalanya telah ditentukan Allah S.W.T. kita hanya perlu yakin 100% pada Allah, berusaha, bertawakal, doa , buat apa yang Allah perintahkan dan tinggal apa yang dilarang. In Shaa Allah semuanya kan berjalan dengan lancar. Allah itu Maha Adil, Kita Cuma perlu yakin sahaja.” Ya satu jawapan yang bila difikirkan sebenarnya aku dah dapat lama pesanan ni dari ibu tapi baru sekarang aku sedar semua tu.betul la apa yang aku baca dalam sebuah majalah islami ‘sinergi’… artikal yang ditulis oleh Ahmad Hafizul Hanis seorang guru di MRSM Kota Kinabalu, tulisannya berbunyi “ put in some efforts and START ACTING in fulfill the advice. You will find that today’s advices are valuable and meaningful for, maybe another 10 years or better yet, tomorrow. Let’s prepare ourselves with those advices as our armor for success in this world and hereafter.”

     Bermulanya setiap amalan kita itu daripada niat. Jika betul niat kita maka In Shaa Allah segalanya akan menjadi baik. Maka begitulah sebaliknya. Marilah kita sama-sama muhasabah dan nilai balik niat kita disetiap permulaan amalan kita. 

1 comment:

  1. It completely is big that anyone have actually written and also published hence intriguing review.I'm glad that we have discovered ones web site. Now I am looking forward to read different, worthwhile post.

    ReplyDelete