بسم الله الرحمن الرحيم
Sungguh aku terkesan dengan nasihat daripada pensyarah ku,
Bro. Shams. Katanya: jadilah kamu sebatang pensil yang bermanfaat untuk orang
lain. Ayat pertamanya membuatkan aku tertanya: apa maksud Bro. Shams?. Bro.
Shams meneruskan kata-katanya lagi: jika kamu ingin menjadi sebatang pensil
yang bermanfaat, kamu haruslah:
- Pertama membiarkan orang lain memegangmu agar dia dapat memulakan penulisannya.
- Kedua, jangan kamu fikirkan tentang kecantikan badanmu kerana apa yang penting bagi sebatang pensil adalah kualiti mata pensil yang ada dalam badannya.
- Ketiga, teruslah menulis walaupun kamu telah melakukan kesilapan dalam penulisanmu kerana akan ada pemadam yang akan membantumu untuk memadamkan dan memperbetulkan kesilapanmu.
- Keempat, tahanlah dan bersabarlah dengan kesakitan ketika mata pensilmu diasah, kerana hasilnya nanti mata pensilmu akan menjadi lebih tajam dan akan membolehkan orang lain menggunakanmu untuk meneruskan penulisannya.
- Kelima, disaat keadaaanmu sudah menjadi pendek dan tidak mampu untuk digunakan lagi, janganlah kamu bersedih tetapi berbahagialah kerana kamu telah meninggalkan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain semasa hayatmu, iaitu penulisanmu.
- Semoga apa yang kamu tulis itu akn bermanfaat kepada orang yang akan kamu tinggalkan nanti. Itulah sebatang pensil yang bermanfaat untuk orang lain.
Selepas mendengar kata-kata itu aku
mula sedar, apa persediaan ku untuk menjadi seperti sebatang pensil yang
bermanfaat itu? Apa tindakkan yang telah aku lakukan untuk membantu orang lain?
Muhasabah diri, mulakan langkah persediaan untuk menjadi sebatang pensel yang bermanfaat.
![]() |
| Kenangan dengan Bro. Shams selepas tamat presentation last project untuk subject CCT, (Evaluation for Biah Arabic Campaign) G502 and Bro. Shams. |
