17 Januari 2014
SMWAP 2005
Assalamualaikum, perkongsian bersama dari kelas Bro.Shams.
Hari kedua untuk sesi PnP semester ni, seperti yang dijangkakan aku dapat
sesuatu yang sangat menarik, menakjubkan dan menyedarkan. Benarlah firman Allah
Subhanuwataa’la dalam kitab-Nya yang mulia:
“ Maka apakah kamu
mengira, bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan
bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja
Yang Sebenarnya, Tidak ada Tuhan selain dia, Tuhan ( yang mempunyai) A’rasy
yang mulia.”
Surah Al-Mu’minun
23: 115-116
Ya setiap apa yang Allah ciptakan itu pasti ada sebabnya.
Tadi sekali lagi Bro. Shams menerangkan tentang Critical Thinking ni, Katanya
kalau kamu sentiasa berfikir dengan mendalam tentang ciptaan yang manusia buat
contoh sebatang pen, Subhanallah saya yakin kamu akan merasa kagum dengan idea
yang mereka curahkan untuk buat sebatang pen. Itu hanya ciptaan manusia, cuba
kamu tadabbur (menghayati) ciptaan yang Allah subhanahu wa taa’la ciptakan,
saya yakin kamu bukan sahaja akan kagum malah kamu akan sentiasa merasakan
hebatnya ciptaan Allah subhanahu wa taa’la.
Cukuplah sekadar kamu berfikir tentang kuku yang Allah
ciptakan dan diletakkan disetiap jari-jari kita, Subhanallah sungguh indah. Cuba kita tanya kenapa Allah cipta kuku dan
letak kat jari kita? Kenapa bila kuku tu dah panjang kita kena potong? Kuku ni
mengingatkan kita tentang apa? .. Banyak soalan yang boleh kita tanya dan
jawapan dia akan membuatkan kita muhasabah diri dan rasa betapa Allah sentiasa
sayang kita.
Cuba kita lihat keadaan kuku; waktu mula-mula tumbuh Nampak
cantik dan berkilat. Bila dah makin tumbuh dan tumbuh lama-lama kita akan
potong kuku tu. Nampak tak disitu kuku tu mengingatkan kita tentang kehidupan
kita sebenarnya. Mula –mula kita dilahirkan Nampak comel je kan. Lepas tu kita
membesar dan terus membesar menjadi kanak-kanak, remaja , dewasa dan tua. Akhir
sekali bila dah sampai masanya kita dijemput Ilahi. Allah sebenarnya sentiasa
mengingatkan kita tentang kematian kita. Orang yang sentiasa berfikir akan
sedar tentang peringatan Allah padanya, dan akan membuat persediaan untuk
bertemu Ilahi.
Muhasabah diri macam mana pula dengan kita? Adakah kita
sentiasa membuat persediaan bertemu Ilahi. Bukan orang lain, diri ini juga
masih tertanya-tanya sudah bersediakah aku untuk bertemu Al Khaliq? Hidup di
dunia tidak lama, hanya sebuah perjalanan dan tempat bercucuk tanam untuk
dibuat bekal menuju Sang Pencipta.
Mengorak langkahlah wahai diri, seorang hamba yang sentiasa
mencari Redho Tuhannya. Lakukanlah apa jua kebaikan dan kebajikan yang akan
membuatkan diri kamu mencapai Mardhotillah kerana itu yang akan membuatkan kamu
bahagia di sana.
“ Perlu ada
keredhaan Allah dalam Amalan kalian. Sekiranya Allah redho, sedangkan seluruh
dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika dia telah menerima
amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan
pun… kerana itulah sepatutnya hanya Redho Allah semata-mata yang menjadi tujuan
utama dalam perjalanan menuju negeri yang abadi.”
“ Apabila Allah
dibesarka, Akhirat diutamakan, maka menjadi murah nilaian dunia ini dan rasa
kecil segala manusia. Dan ketika itulah segal-galanya akan rela dipertaruhkan
demi untuk mendapatkan keredhaan Allah dan meraih Syurga-Nya.”
Dua kata-kata
semangat yang sangat sangat sangat memberi kesan dan semangat untuk meneruskan
langkah demi menggapai Redho-Nya walaupun kadang kala tidak dinafikan diri ini
juga jatuh dalam kelalaian. Teruslah berdoa kepada Allah subhanahu wa taa’la
yang memegang hati-hati kita untuk sentiasa menetapkan hati kita untuk sentiasa
berada di jalan yang di redhoai-Nya.
Diri ini selalu berfikir dengan dosa yang menggunung ni
mampukah aku untuk menjadi hamba Allah yang baik. Tapi firman Allah telah
membuatkan hati ini kuat untuk terus berusaha menjadi yang terbaik. Allah
berfirman dengan penuh kasih sayang:
“ Apa juga yang
menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan ataupun bala bencana, ia adalah
disebabkan apa yang kamu lakukan daripada perbuatan yang salah dan berdosa.
Pada masa yang sama, Allah memaafkan sebahagian daripada dosa-dosamu. Kamu
tidak dapat melemahkan kuasa Allah menimpa kamu dengan bala bencana, walaupun
kamu melarikan diri dimana sahaja dimuka bumi ataupun langit. Kamu juga tidak beroleh
sesiapa pun yang lain daripada Allah sebagai pelindung ataupun pemberi
pertolongan.”
Asy Syura: 30-31
Untuk kita pendosa, harapan selalu ada. Kasih Sayang Allah
lebih luas daripada kemurkaan-Nya. Subhanallah Hebatkan Cinta Allah kepada
Kita.