Alhamdulillah pada tanggal Mei 2011, Aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa dalam pengkhususan Bahasa Arab. Alhamdulillah di beri kesempatan untuk mendalami bahasa Al-Quran, bahasa Syurga dan bahasa yang dituturkan oleh rasul tercinta Muhammad صلى الله عليه ؤسلم . Tercapai juga hajat ibu tercinta untuk melihat salah seorang dari Putera atau Puterinya melanjutkan dan mendalami ilmu bahasa arab.
Sebelum berangkatnya aku untuk meneruskan perjuangan dalam medan ilmu, berlegar-legar di fiiran tentang kerisauan untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh mencabar. Banyak cerita-cerita yang aku dengar sebelum ini seperti ramai anak muda yang tidak dapat mengawal diri setelah melanjutkan pelajaran ke universiti contohnya pemudi yang sebelumnya menutup aurat kini meninggalkan semua itu kerana mengikut arus kemodenan yang mengikut acuan yahudi laknatullah, pemuda pemudi yang meninggalkan solat kerana lalai dengan kebebasan yang sebelum ini tidak pernah dirasai . Mampukah aku menghadapi semua itu? Dengan berbekalkan tarbiah yang diberi ketika di bangku sekolah, iman yang masih goyah, jiwa muda yang terlalu mengikut keseronokkan.. Mampukah Aku??? persoalan yang tak mungkin dapat dijawab ketika itu.
Pesan Guru, sewaktu hari-hari terakhir berada di Bumi Tarbiyyah yang banyak melahirkan Ulamak dan para cendekiawan, slah seorangnya Cikgu Hanif, Cikgu Add Math yang bersahaja tapi setiap tingkah lakunya memberi didikan buat ku. Katanya: " Jaga diri baik-baik waktu kat universiti nanti sebab kamu akan berhadapan dengan dunia yang tak pernah kamu lalui sebelum ni (dunia yang penuh kebebasan), sekarang kamu masih dalam pagar (kamu diawasi dan dipantau oleh guru-guru,ibu dan ayah kamu, dikelilingi kawan-kawan yang sentiasa saling mengingati).Pilih kawan yang baik-baik, supaya kamu tidak tergelincir."
Banyak guru yang berpesan benda yang sama.
Kerisauan ku terubat kerana dengan Rahmat Allah subhanahu wataala dia mengirimkan aku seseorang yang sentiasa mengajak kepada kebaikan. Kedatangannya ke UIA dirahsiakan dari pengetahuanku, selesai pendaftaran baru ku tahu dia juga ditawarkan di universiti yang sama denganku. Di takdirkan Yang Maha Esa kami ditempatkan di kelas yang sama. Persahabatan km menjadi semakin akrab. dari situ dia mula mengajar aku erti persahabatan kerana Allah. Bersahabata bukan sahaja di waktu senang tetapi diwaktu susah juga. Bukan sahaja berkaitan dunia malah dia juga mengajakku untuk membuat persediaan untuk hari akhirat.
Mungkin dia tidak sedar aku belajar semua tu dari dia, kerana aku belajar semua itu dari gerak gerinya, ibadahnya, aktiviti hariannya, percapkapannya, pergaulan dan banyak lagi. seorang yang tak pernah jemu mengajak sahabatnya ini untuk menghadiri majlis-majlis talaqi demi pengisian jiwa agar sentiasa mengingati Sang Pencipta, mengikat sahabatnya ini agar tidak terus lalai dengan dunia.
Setiap malam, mengabdikan diri dalam tahajjudnya, mensyukuri dengan Dhuhanya membuatkan aku cemburu dengan ibadahnya. Amalan -amalan sunnah Rasulullah sentiasa menjadi teladan di setiap aktiviti hariannya, dari cara makannya, puasa-puasa sunatnya...
Tidak dinafikan masih ada kekurangan dalam dirinya; kerana kita manusia pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Tetapi kelebihannya adalah anugerah Allah untuk menjadi pelengkap kekurangan diriku.
Tidak dinafikan juga kadang kala berlaku perselisihan faham antara kami, itu lumrah kehidupan manusia.. sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula hubugan persahabatan. Berkat Rahmat dan Sayang Allah hubungan kami sentiasa terjaga.
Terima Kasih Ya Allah atas anugerahmu, Permata yang tersembunyi kini telah kutemui sebagai peneman dalam mengharungi dunia demi mencapai Redho-Mu. Semoga persahabatan ini akan sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan Rahmat-Mu. Jika suatu hari nanti perpisahan bakal menemui kami, aku menyukuri ketentuan -Mu Ya Rabbi; kerana dengan perpisahan ini mempertemukan aku dengan insah ini, aku dapat merasai nikmat untaian Ukhuwah yang kulalui bersamanya Kerana -MU. Semoga Ukhuwah ini sehingga ke Jannah.
Terima Kasih Ya Allah
~Kuala Nerang~
~2:48 pm~
No comments:
Post a Comment