Sunday, 4 August 2013

Kerana Aku Seorang Muslimah



Dahulu
Cita-citaku
Ingin menjadi seorang pendakwah bebas
Ingin menjadi seorang  penegak syiar Ilahi
Kerana bagiku
itulah hakikat untuk mencari CintaNya
Kini
Cita-citaku
Mungkin hanya untuk menjadi seorang guru tadika
Walaupun bergelar seorang mahasiswa
Mungkin hanya seorang pendidik
untuk permata yang tercinta
Mungkin jua hanya seorang  tempat  berkongsi ilmu
Buat keluarga tercinta
Buat sahabat sesama kaum hawa
Kerana kini ku mengerti
Aku hanyalah seorang muslimah
Takut andainya menjadi  “fitnah”
Andai aku menzahirkan “hiasan” peribadiku
Bukan pada tempatnya
Hati ini tersimpan jua satu cita-cita
Ingin jua ku bermimpi
Menjadi Seorang bidadari dunia
Dan jua salah seorang daripada bidadari syurga
(Walaupun ku tahu mungkin aku jua bukan ahlinya)
Yang penuh setia berkhidmat sebagai seorang hamba
Dan juga sebagai seorang pendamping setia
tapi hidup ini hakikatnya
yang paling utama
aku mengharapkan
cinta seorang hamba
buat Rabnya
bisa melewati pintu-pintu syurga

kata-kata kat atas ni saya baca dari FB yang sahabat saya post.. bila baca ni saya terfikir dan bersyukur kerana menjadi seorang perempuan muslimah.. nak tahu kenapa??

sebabnya adalah...

kita sebagai perempuan Allah anugerahkan satu nikmat yang tiada pada kaum Adam iaitu mampu melahirkan..dengan melahirkan zuriat kita dapat mendidik zuriat kita untuk menjadi seorang penegak syiar Ilahi.. Betul tak??

seperti kisah "Al-khansa" gelaran kepada seorang ibu yang melahirkan dan mendidik empat orang puteranya menjadi  mujahiddin dan telah syahid dalam perang Al- Qadisiyyah yang terkenal dalam sejarah islam. dan dikisahkan sebelum peperangan itu berlaku , telah berlaku pendebatan di antara putera-putera Al- Khansa iaitu siapa dikalangan mereka yang bakal tinggal bersama ibu mereka dan siapa yang bakal keluar berperang. Mereka saling tunjuk- menunjuk sesama mereka supaya tinggal bersama ibu kerana mereka semua berebut- rebut untuk keluar berperang. perdebatan mereka akhirnya didengari oleh ibu mereka . Maka berkatalah si ibu kepada putera-puteranya :

"“Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini putera-putera daripada seorang lelaki dan daripada seorang perempuan yang sama. Tidak patut bagiku untuk mengkhianati bapamu, atau memalukan bapa saudaramu, atau menconteng arang di kening keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsingkanlah lengan baju dan berangkatlah, majulah ke barisan paling depan niscaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat, negeri keabadian. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati. Wahai anakku, carilah maut nescaya dianugerahi hidup.”
Begitulah hasil didikan seorang ibu yang menyerahkan anak-anaknya untuk menegakkan agama Allah.

kisah ni patut dijadikan teladan oleh kaum Hawa kerana walaupun kita tak mampu untuk keluar berperang seperti kaum Adam tetapi dengan izin Allah S.W.T kita mampu untuk melahirkan dan mendidik pemuda-pemuda yang berjiwa kental dan sentiasa mempunyai semangat berkobar- kobar untuk berjuang di jalan Allah S.W.T. Melahirkan pemuda-pemuda yang hidupnya berpegang pada Al- Quran dan As-Sunnah. Sesungguhya sangat indah jika kita mampu untuk menjadi seperti Al Khansa. dan saya yakin berbekalkan usaha, ilmu dan keyakinan kita pada  Allah S.W.T . In shaa Allah kita juga mampu menjadi seperti Al-Khansa..

seperti kata pepatah :"tangan yang disangka lembut menghayun buaian telah menggoncang dunia mencipta sejarah ".



















No comments:

Post a Comment