بسم الله الرحمن الرحيم
Aku adalah insan terpilih. Ya, Insan terpilih! insan yang dipilih Allah untuk belajar dalam sebuah universiti yang penuh dengan taman-taman syurga. Pesan Abang buatku, jangan jadi pelajar yang biasa, jadilah pelajar yang luar biasa. Apa beza antara pelajar biasa dan pelajar luar biasa? pelajar biasa ialah pelajar yang rutin harian nya pergi kelas, mengadap laptop buat assaignment, makan, tidoq... and esok bangun ulang balik aktiviti yang sama dan hari-hari seterusnya. Pelajar yang luar biasa tu rutin hariannya bukan sahaja ke kelas dan balik kelas tetapi ada tambahan di situ. Apa tambahannya? Tambahannya, dia meluaskan jejaknya untuk sampai ke taman-taman ilmu; mencari ilmu luar kelas, mengorak langkah untuk menambah pengalaman dengan aktiviti amalnya, aktiviti sukarelanya. Mencari bukan sahaja ilmu dalam bidangnya tetapi segenap ilmu kerana cita-citanya ingin menjadi seorang muslim dan mukmin yang dapat menguasai pelbagai bidang demi mengangkat martabat agama tercinta;ISLAM.
Ya! aku insan yang Allah pilih untuk berada di sini. Tempat dimana padanya terlalu mudah untuk sampai ke majlis-majlis ilmu. "Study Circle" salah satunya.
Study circle yang sebelum ni aku pergi hanya kerana diwajibkan di sekolah, tapi sekarang di tempat baru, naqibah baru, sahabat-sahabat baru niatku bukan lagi " Kerana terpaksa aku relakan" tetapi ia menjadi satu saat yang aku nantikan setiap minggu. Jalanku ke sana penuh dengan keterujaan, keseronokkan dan kebahagiaan. Kenapa sekarang rasanya begitu? Kerana ada kisah cinta kami di situ. Indahkan...
Bila aku bersama sahabat-sahabat dan ukhti-ukhti tercinta, aku rasakan ada rasa cinta antara kami. Rasa cinta untuk sama-sama menjejak cinta Allah dan Rasul-Nya. Menjejak Jannah bersama. Berpegangan tangan menggapai Sakinah disana.
Setiap Isnin selepas solat maghrib kami akan kumpul sama-sama, berkongsi kisah-kisah teladan dari Kekasih yang dirindui, Rasulullah Sollallahu A'laihi wasallam. mentadabbur surat cinta dari kekasih abadi, Ar Rahman. menghayati juga hadis Rasulullah. Melatih diri untuk menghadapi dunia luar. berkongsi pengalaman. Berkongsi rasa.Semua tu kami lakukan bersama. Walaupun hari-hari kami dipenuhi dengan kesibukkan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar, tapi bila berada dalam bulatan cinta ini semua pasti akan sentiasa tersenyum bukan senyuman paksa tapi sekuntum senyuman bahagia.
Di sini perkenalan kami bermula dengan hanya ta'aruf ringkas, tapi hari demi hari perkenalan kami semakin mekar, rasa ingin lebih mengenali. Bila duduk bersama, berkongsi ilmu; kami lupa tekanan yang kami hadapi sebelumnya. Walaupun baru mengenali tetapi terasa seperti sudah bertahun berkenalan. Indah sungguh Ukhuwah kerana-Nya.
Adanya bulatan cinta ini, banyak mengubah cara hidup aku yang sebelum ni main redah ja... sekarang Alhamdulillah semakin tersusun, dan sentiasa berfikir sebelum buat sesuatu. konklusinya, cara hidupku berubah. Rohani tidak lagi kering kontang seperti dulu, sentiasa diisi dengan nasihat-nasihat dari sahabat-sahabat. Terlalu banyak nikmat-nikmat yang Allah anugerahkan buatku melalui Bulatan Cinta yang moga-moga ada Redha dan Rahmat-Nya disitu.
Harapan ku cuma ingin Allah menjadikan diri ini sentiasa istiqomah untuk terus berada di jalan tarbiyah ini, dan sentiasa memberi peluang untuk berubah dan menjadi lebih baik. Iringi bulatan cinta ini dengan redha dan rahmat-Nya. Payungi kami dengan keberkatannya. Moga nanti ada bekal buat kami disana. Moga nanti kami berpegangan tangan menggapai jannah-Mu disana. Terima Kasih Ya Allah kerana datangkan kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan ku tentang-Mu.
Aameen.


alhamdulillah ;)
ReplyDelete