Sunday 1 February 2015

Semester baru dah datang .. :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah jejak kaki ke semester ke dua untuk tahun pertama kat Universiti tercinta... <3<3 ...Hari ni dapat lihat riak wajah sahabat-sahabat yang penuh semangat dan bersedia untuk meneruskan perjalanan dan perjuangan di medan Ilmu ni. seronok tengok, kita pun rasa berkobar-kobar nak mula belajaq esok. 

Rindu nak jumpa sahabat-sahabat yang dah sebulan tak jumpa, rindu nak dengaq celoteh depa semua, nak tengok depa buat muka comei mintak nak selfie.. Rindu nak lunch sekali buat cafe macam kami punya hehe... Rindu nak lari-lari pi study circle sebab lecturer keluaq kelas lambat... Berebut buku kat libraray nak buat assaignment.. Bekerjasama  siapkan assignment last minute... kacau,sakat and buli hafiz sebab dia sorang ja brothers dalam kelas yang lain semua sister... banyak bendanya nak buat ngan depa semua...... really MISSSSSSS   UOLLLLS....

Semua semangat nak ambik gambaq sebab hari ni first time
Selly ( Baju pink tepi sekali ) pakai baju kurung...

Last Paper for first Semester, first year...
Selly senyum semangat tak sabaq nak fly balik Indon.....

group first presentation (I.T Subject)
Ketaq derrr...


Allah datangkan aku sahabat-sahabat yang sangat baik dan sentiasa menyedarkan tika lalai, menenangkan tika gelisah, tidak membiarkan berseorangan tika diri ada masalah, sentiasa bagi semangat sebelum mula presentation.... Terima Kasih Ya Rabbi untuk anugerah terindah.

Esok mulanya perjalanan yang baru, In Shaa Allah sama-sama bejuang mengejar cita-cita sebagai pendidik.. In Shaa Allah Teachers -to-be..

Moga Allah bagi kekuatan kepada diri ini dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain dalam menepuh perjalanan sebagai seorang penuntut ilmu. Amiin.

"SELAMAT MENEMPUH SEMESTER BARU DENGAN SEMANGAT YANG BARU "

Saturday 8 November 2014

"Study Circle" Anugerah Buatku

بسم الله الرحمن الرحيم



Aku adalah insan terpilih. Ya, Insan terpilih! insan yang dipilih Allah untuk belajar dalam sebuah universiti yang penuh dengan taman-taman syurga. Pesan Abang buatku, jangan jadi pelajar yang biasa, jadilah pelajar yang luar biasa. Apa beza antara pelajar biasa dan pelajar luar biasa? pelajar biasa ialah pelajar yang rutin harian nya pergi kelas, mengadap laptop buat assaignment, makan, tidoq... and esok bangun ulang balik aktiviti yang sama dan hari-hari seterusnya. Pelajar yang luar biasa tu rutin hariannya bukan sahaja ke kelas dan balik kelas tetapi ada tambahan di situ. Apa tambahannya? Tambahannya, dia meluaskan jejaknya untuk sampai ke taman-taman ilmu; mencari ilmu luar kelas, mengorak langkah untuk menambah pengalaman dengan aktiviti amalnya, aktiviti sukarelanya. Mencari bukan sahaja ilmu dalam bidangnya tetapi segenap ilmu kerana cita-citanya ingin menjadi seorang muslim dan mukmin yang dapat menguasai pelbagai bidang demi mengangkat martabat agama tercinta;ISLAM. 

Ya! aku insan yang Allah pilih untuk berada di sini. Tempat dimana padanya terlalu mudah untuk sampai ke majlis-majlis ilmu. "Study Circle" salah satunya.

Study circle yang sebelum ni aku pergi hanya kerana diwajibkan di sekolah, tapi sekarang di tempat baru, naqibah baru, sahabat-sahabat baru niatku bukan lagi " Kerana terpaksa aku relakan" tetapi ia menjadi satu saat yang aku nantikan setiap minggu. Jalanku ke sana penuh dengan keterujaan, keseronokkan dan kebahagiaan. Kenapa sekarang rasanya begitu? Kerana ada kisah cinta kami di situ. Indahkan...

Bila aku bersama sahabat-sahabat dan ukhti-ukhti tercinta, aku rasakan ada rasa cinta antara kami. Rasa cinta untuk sama-sama menjejak cinta Allah dan Rasul-Nya. Menjejak Jannah bersama. Berpegangan tangan menggapai Sakinah disana. 

Setiap Isnin selepas solat maghrib kami akan kumpul sama-sama, berkongsi kisah-kisah teladan dari Kekasih yang dirindui, Rasulullah Sollallahu A'laihi wasallam. mentadabbur surat cinta dari kekasih abadi, Ar Rahman. menghayati juga hadis Rasulullah. Melatih diri untuk menghadapi dunia luar. berkongsi pengalaman. Berkongsi rasa.Semua tu kami lakukan bersama. Walaupun hari-hari kami dipenuhi dengan kesibukkan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar, tapi bila berada dalam bulatan cinta ini semua pasti akan sentiasa tersenyum bukan senyuman paksa tapi sekuntum senyuman bahagia.

Di sini perkenalan kami bermula dengan hanya ta'aruf ringkas, tapi hari demi hari perkenalan kami semakin mekar, rasa ingin lebih mengenali. Bila duduk bersama, berkongsi ilmu; kami lupa tekanan yang kami hadapi sebelumnya. Walaupun baru mengenali tetapi terasa seperti sudah bertahun berkenalan. Indah sungguh Ukhuwah kerana-Nya. 

Adanya bulatan cinta ini, banyak mengubah cara hidup aku yang sebelum ni main redah ja... sekarang Alhamdulillah semakin tersusun, dan sentiasa berfikir sebelum buat sesuatu. konklusinya, cara hidupku berubah. Rohani tidak lagi kering kontang seperti dulu, sentiasa diisi dengan nasihat-nasihat dari sahabat-sahabat. Terlalu banyak nikmat-nikmat yang Allah anugerahkan buatku melalui Bulatan Cinta yang moga-moga ada Redha dan Rahmat-Nya disitu.

Harapan ku cuma ingin Allah menjadikan diri ini sentiasa istiqomah untuk terus berada di jalan tarbiyah ini, dan sentiasa memberi peluang untuk berubah dan menjadi lebih baik. Iringi bulatan cinta ini dengan redha dan rahmat-Nya. Payungi kami dengan keberkatannya. Moga nanti ada bekal buat kami disana. Moga nanti kami berpegangan tangan menggapai jannah-Mu disana. Terima Kasih Ya Allah kerana datangkan kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan ku tentang-Mu.

Aameen.



Wednesday 8 October 2014

Ujian Itu Tanda Kasih-Nya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, malam ni Allah bagi kesempatan untuk menulis setelah hampir sebulan tak publish kat blog atas urusan menguruskan urusan-urusan penting kat kampus baru ni. Sejak beberapa bulan ni, setelah sekian lama Allah datangkan kepada diri ini nikmat yang kalau ingin ditulis tidak akan habis kerana terlalu banyak kesenangan dan nikmat-nikmat yang Allah kurnia kan buat diri, kini Allah singgahkan ujian yang tak seberapa buat hambanya. walupun diri ini adakalanya terasa tidak mampu untuk menanggung ujian itu, tapi kalam-kalam-Nya membuatkan diri ini menjadi kuat kembali untuk menghadapinya.

Dua minggu sebelum aku mendaftarkan diri di kampus baru, Allah datangkan ujian buat kami sekeluarga, abang sulungku terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan abang tak mampu untuk duduk apatah lagi ingin berjalan. Dia hanya mampu terbaring. Alhamdulillah, Allah bagi ruang untuk aku buat baik kat abang ngan mak dan ayah, sepanjang abang di hospital waktu pagi sampai petang aku akan ambik alih tugas mak jaga abang sebab nak bagi mak ruang untuk mak berehat sebentar. waktu kat hospital tu selalu dengar mak ngan ayah bagi semangat kat abang, antaranya bila abang rasa hilang semangat mak ngan ayah akan kata " ujian Allah bagi kat kita cuma sikit ja, cuba abang tengok pesakit lain, lagi teruk, lagi berat ujian depa, Abang kena bersabar sikit. Allah dah bagi nikmat sihat lama dah, sekarang Allah uji kita sikit ja." Waktu aku terfikir juga betul apa mak ngan ayah cakap. Apalah sangat ujian yang Allah singgahkan kat kami sekeluarga kalau nak dibandingkan dengan nikmat yang dia dah bagi selama ni. 
 
Rasanya, sepanjang abang sakit, rasa seperti Allah sedang mentarbiyah kami sekeluarga. Waktu abang sakit mak ngan ayah lah orang yang paling sibuk sekali. Mak jaga abang kat hospital, ayah tolong cuci luka abang, Adik lelaki tunggal aku tolong ayah mandikan abang. Adik perempuan pula tolong abang ambik makanan, suapkan, dan depa dua juga menceriakan abang dengan lawak jenaka depa. Alhamdulillah semua tu buat kami sekeluarga, terutamanya kami adik beradik belajaq tolong menolong, Allah ingat kan kami tentang susah payah macam mana mak ngan ayah jaga kami dari kecik sampai sekarang, satu perkataan mengeluh pun tak keluaq dari mulut mak ngan ayah. Mak ngan ayah juga yang selalu bagi semangat, membuatkan kami semua ambik pengajaran dari musibah yang menimpa. Daripada ujian ni juga menjadikan kasih sayang kami sekeluarga bertambah erat, kukuh. Benarlah firman Allah : Sesungguuhnya bersama-sama kesusahan itu ada kemudahan. Sepanjang abang sakit terasa banyak kerja dan perkara lain yang kami sekeluarga hadapi dengan mudah sekali.

Sampai sekarang, dah hampir dua bulan, adik-adik pun dah mudah nak menghulurkan bantuan tanpa perlu diminta, banyak benda yang kami adik beradik belajaq. 

Alhamdulillah, sekarang abang dah boleh duduk, cuma berjalan ja masih bertongkat lagi. Sekarang dia masih bercuti. Kagum dengan semangat abang nak menuntut ilmu. Sepatutnya bulan sembilan hari tu abang dah masuk kuliyyah untuk tahun ketiganya kat UM, tapi disebabkan masalah kesihatan dia terpaksa cuti lebih panjang. Kalau ikutkan dia kena post pone sem ni tapi katanya " abang tak mau post pone, abang nak usahakan sem ni abang boleh sambung juga." sepanjang waktu dia terbaring hari tu kerja yang dia buat cuma baca buku. Di sebab kan waktu tu aku ja yang tengah cuti so aku lah yang kena tolong dia, adik-adik yang lain ada kuliyyah n kat asrama. " dik mira... tolong abang ambik buku kat atas mari tu. Ambik semua abang nak pilih." tu la antara ayat dia kat aku. Buku yang aku ambik tu sebenarnya dia dah habis baca, aku tanya lah " bukan abang dah habis baca ka semua buku ni?", dia jawab " ala.. saja nak ulang balik, banyak juga kena peringat balik." waktu tu aku macam sentap banyak jugak, baguih nya aku klu dah habih baca tak ulang balik dah. Waktu tu rasa diri semangat nak belajaq sungguh - sungguh bila tengok semangat abang belajaq.

Alhamdulillah,hikmah yang aku dapat sangat besaq. Ujian itu tanda kasih-Nya. Bila pikir-pikir balik aku bersyukur sebab ujian tu tanda Allah masih sayang kami sekeluarga. Bersabarlah, dan bersangka baik lah dengan Allah. Allah hanya bagi ujian setaraf dengan kemampuan hambanya, Allah tak kejam. 

Seperti pesan Luqman pada anaknya yang dikisah kan dalam Al-quran , "Wahai anakku laksanakan lah solat, dan suruhlah manusia berbuat yang makruf dan cegahlah mereka dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting." Ya, sabar itu penting ketika kita hadapi ujian, juga bersyukurlah kerana ujian itu tanda cinta Yang Maha Esa buat kita.





Wednesday 13 August 2014

Kini Kutemu Hikmahnya

  بسم الله اللرحمن الرحيم

Kemarin keputusan UPU keluaq so ramaila yang post kat FB khabar gembira mereka.. Bila tengok depa post kemarin teringat la detik-detik waktu tunggu UPU dua tahun lepas. Tahun ni In Shaa Allah aku pun akan sambung Ijazah tapi aku dah terima keputusan sebulan yang lepas lagi, tak yah tunggu UPU biasala sambung Universiti yang sama.. Apa-apa pun tahniah kepada sahabat yang bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti. Bersyukurlah dengan ketentuan Ilahi. Dapat Uni mana pun tak pa janji niat kita betul nak study kerana Allah. Apa yang Allah tetap kan tu itulah yang terbaik untuk kita.

Dulu aku selalu tertanya-tanya kenapa aku selalu dapat apa yang aku tak suka?  Lepas UPSR cita-cita nak masuk SMKA tapi aku dapat masuk Maktab Mahmud. Waktu tu memang nangis la kan sebab Maktab Mahmud ni pilihan terakhir ja. Tapi disebabkan mak ngan ayah la orang yang paling gembira sebab aku dapat masuk maahad ni,  aku pun masuk juga la.. berbulan- bulan juga la nangis. Tambah-tambah lagi Maktab Mahmud Alor Setar kot.. Susah nak masuk tu. Kena interview, bersaing dengan beribu-ribu student. Yang pi Interview kat Alor setar ja 3000 student, tu tak termasuk lagi student yang interview kat 10 cawangan Maktab mahmud seluruh negeri Kedah ni.. memang susah la nak masuk. Dalam family sebelah mak aku semua yang pi interview sampai sekarang hanya aku dan seorang sepupu lelaki aku ja yang dapat masuk maahad Alor Setar ni yang lain semua dapat cawangan ja.. kira bertuah la.. tapi waktu tukan aku tak nak masuk situ.. TAPI bila dah habis belajaq kat situ, selepas habis SPM aku pun smabung la UIA bila dah masuk UIA baru aku jumpa Hikmah kenapa Allah pilih aku untuk belajaq kat maahad. Di bumi barakah tu lah aku ditarbiah, di didik dengan ilmu agamanya, di ajar tentang akhlaknya, dan tiga tahun setengah memegang jawatan sebagai prefect kat situ aku didik pula dari segi kepimpinan. Bila dah keluaq sekolah baru aku nampak semua tu. Hasil tarbiah tenaga pendidik disitulah aku meneruskan perjalanan ku di dunia yang lebih luas. Bertemu dengan orang yang macam-macam sikap dan pe'elnya. menggunakan ilmu-ilmu yang telah dibekalkan di maahad dulu aku menghadapi dunia yang lebih mencabar lagi. waktu kat maahad dulu sebelum keluaq, cikgu add math ada bagi nasihat lebih kurang macam ni la : " kamu nak kluaq dunia luaq ni persiapkan diri baik-baik, sekarang tak pa la duduk dalam "pagaq" lagi . Nanti dah keluq kamu akan jumpa ngan macam-macam orang, dan yang paling penting sekali takdak dah orang yang nak control kamu, kamu yang kena jaga diri kamu sendiri. Jangan asyik nak cari boyfriend ja. waktu tu kamu ja yang akn menetukan yang sama ada kamu akan terus dengan didikan yang kamu dapat kat sini ataupun kamu terus jadi "culture shock".. " heehe tu la pesannya. Ada seorang ustaz lagi pesan.. " kamu bila dah keluaq nanti bawa identiti maahad tu, jangan nak jadi 'pokke' plak". kalau dengan pesan ustaz ni nampak macam lawak kan.. tapi itulah hakikatnya bila dah keluaq maahad hilang identiti maahad tu.. and  I hope I can still be Maahadian.

Semuanya ku lalui dengan gembira...



Itu cerita waktu kat maahad..  ni bila dah dapat UIA nangis lagi.. asyik nangis ja kan.. hehe tu la sebab cita-cita nak sambung oversea tapi mak tak izinkan.. disebabkan nak redho mak ayah sentiasa mengiringi perjalanan hidup ini aku pun tukaq la... dalam negara pun tak pa la.. memang cita -cita nak sambung UM . Tup tup dapat UIA dan kalau nak tau UIA adalah pilihan terakhir aku. Nangis-nagis pun sambung juga UIA. Bila dah masuk UIA rasa seronok tapi hati masih lagi dok ingat UM... macam tu la.. Sampai satu hari seorang sahabat ni cakap kat aku " dah la tu mira, sesungguhnya ALLAH adalah perancang yang terbaik. ALLAH letak kita kat tempat yang baik dah, sesuai dah untuk kita, Allah masih nak kita berada dalam persekitaran pembelajaran yang masih menerapkan nilai-nilai ISLAM. Uni lain bukan la tak dak nilai-nilai ISLAM tu cuma kalau kat UIA ni kan pelajar-pelajar dia semua islam, tapi kalau UM tu ada macam-macam agama kat situ. ALLAH nak permudahkan perjalanan menuntut ilmu kita". Dan sejak tu aku belajar menerima hakikat. Dan sekarang aku dah nak masuk main campus kat Gombak, dan sekarang aku dah nampak kena ALLAH letak aku kat UIA. walaupun mungkin bukan semua lagi aku nampak hikmahnya tapi bagi aku terlalu banyak kebaikan sebenarnya aku disini. Aku terpikir la kan.. aku ni anak yang kurang sikit la pandainya nak berdikari ni.. lebih banyak memerlukan pertolongan orang sekeliling. Aku mula dengan CFS, nak dijadikan cerita CFS ni sebelah UM dan abang aku ada ja kat UM. Mudah la kalau ada apa-apa boleh terus contact ja abang. bayangkan kalau aku dapat UM.. CFS UM kat Kelantan jauh kot dan yang paling penting sekali takdak orang yang dekat dengan aku kat Kelantan. akan sukar dan mengambil masa yang sangat panjang untuk aku jadi betul-betul berdikari. Dan lepas ni aku sambung main campus pun tak susah.. tak payah nak kena drive ke, bawak moto ke.. sebab kelas dekat je dengan asrama yang aku bakal duduk nanti, nak pi kelas just kena jalan kaki ja. Tak payah susah-susah mak ngan ayah nak kena beli motor untuk aku. Kalau aku pi UM, jarak antara asrama denhan kelas jauh sangat.. susah la ckit berbanding UIA. Nampak tak betapa ALLAH dah permudahkan perjalanan aku. Selain tu banyak la benda baik yang aku dapat, nak cerita pun banyak sangat.. hehe. Ada la satu hari ni mak aku cakap.. "ALLAH dah makbulkan doa mak". aku tanya la apa doa mak? Mak aku jawab " Doa nak salah seorang anak mak sambung belajaq kat UM ngan UIA. Alhamdulillah Abang sambung UM dan Akak sambung UIA" . Waktu tu aku rasa sangat sangat sangat gembira sebab Allah dah pilih aku untuk bahagia kan Mak ngan Ayah. Sekarang perasaan teruja dalam hati sangat tebal sebab nak tau lagi hikmah disebalik ketetapan Allah ni.. In Shaa Allah, moga Allah sentiasa menjadikan diri ini sentiasa bersyukur dan redho dengan setiap apa yang belaku.


Allah berfirman dengan penuh kasih sayang dalam Kitab-Nya : 
Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang  kamu sukai pula amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. ( Al-Baqarah : 216) 




Thursday 31 July 2014

Rezeki

Assalamualaikum!

    Dah lama tak menaip ni, malam ni tiba-tiba rasa nak menaip lepas baca blog seorang sahabat yang sangat saya kagumi ketabahan dia dalam perjuangan di medan ilmu. Bagi saya dia seorang yang sangat matang sebab dia dah lalui banyak benda yang saya belum pernah lalui dan mungkin juga saya tak akan lalui. Suatu pengalaman yang bagi saya sangat sanagat sangat berharga. Bila duduk chit chat dengan dia banyak benda yang saya dapat belajar dari dia, mungkin dia akan kata saya tipu sebab dia seorang yang sangat merendah diri tapi itulah realitinya. Dari zaman sekolah sampai ke Universiti. Dia selalu cakap " atie ni mana pandai macam orang lain sebab tu la orang selalu merendah-rendahkan bidang yang Atie ambik waktu kat Universiti". Dulu dia ada cerita adala golongan-golongan yang tak bertanggungjawab ni kata sesuatu yang agak "KURENG"... macam " ala engkau dapat kos ni, kos ni memang aah senang nak dapat" sebab mungkin bagi dia kos yang sahabat saya dapat tu untuk budak-budak yang tak cemerlang sangat and  lepas tu sahabat saya ni dapat plak sambung kos Edu kat main campus golongan-golongan tu cakap plak " ala kalau Atie bleh dapat kos tu takkan la kau tak boleh dapat".. sebagai seorang sahabat saya rasa sangat sangat sangat BENGANG!!!! yang ampa semua nak sakit hati sangat kenapa? Tak faham la orang yang macam ni..

    Bagi saya dia adalah seorang yang hebat, orang lain boleh cakap macam tu sebab depa semua tak kenal dia.

    Untuk sahabatku Atie, bersabarlah dengan apa yang orang lain cakap, mulut orang kita tak boleh nak tutup, besar ganjaran disisi Allah untuk orang yang bersabar. Dan Allah sentiasa bersama Atie. sebenarnya orang yang dok kata kat Atie tu sebenarnya ada penyakit hati. YOU ARE STRONGER THAN YOU THINK.

   Lepas ni saya plak nak ikut jejak langkah Atie sambung ke Main Campus untuk kos Islamic Edu. Dari Arabic Language ke Islamic Edu. Dulu waktu dapat kos Arabic Language orang sibuk tanya lepas graduate nak kerja apa? Lepas ni jadi Ustazah la kan? Macam tak dak masa depan ja ambik kos ni. Waktu tu memang sentap la kan. lepas ni dah ambik Edu ntah apa plak la orang nak pertikaikaan.. waktu 1st minta edu tu dah mula dah dengaq orang kata "owh memang minat edu ke? kite tak minat la kos ni." (nada mcam nak sindir je). Kenapa nak jadi pendidik ni hina sangat ke? kos edu ni untuk orang yang tak cemerlang je ke?Tak paham la orang yang macam ni... tapi tu la kita sebagai manusia takkan pernah dapat puaskan hati manusia ni. So apa yang mampu, bersabar dan biarkan ja apa yang orang nak kata. Selagi tak melanggar batas-batas agama, selagi segalanya untuk mencapai Redha-Nya, GO ON.

  Tadi lepas sepupu dapat tau yang saya dapat sambung kos ni.. banyak juga la nasihat yang dia bagi. Rasa macam dah nak jadi cikgu pun ada. Haha. Teringat pulak kata-kata ni...

        “ put in some efforts and START ACTING in fulfill the advice. You will find that today’s advices are valuable and meaningful for, maybe another 10 years or better yet, tomorrow. Let’s prepare ourselves with those advices as our armor for success in this world and hereafter.”

   Pesanan buat diri juga, jaga hati jangan dengki-dengki. Takmau-Takmau Allah tak kasih orang yang suka berdengki ni. Orang yang dengki ni ada penyakit hati. Berbahagialah dengan kejayaan orang lain, syukurilah apa yang kita ada. Rezeki setiap manusia tu dah ditentukan Allah.

Lastly, Rezeki Allah tu luas. Berusaha, Doa, Tawakal, Yakin pada-Nya, In Shaa Allah semuanya akan dipermudahkan. Buatlah apa pun pekerjaan yang penting semuanya diiringi keredhaan Allah. Pasang Niat lakukan setiap kerja Kerana Allah, jadikannya IBADAH. Cari Redha Allah jangan cari Redha Manusia.

Sekian.

Thursday 8 May 2014

Pensil

بسم الله الرحمن الرحيم 

Sungguh aku terkesan dengan nasihat daripada pensyarah ku, Bro. Shams. Katanya: jadilah kamu sebatang pensil yang bermanfaat untuk orang lain. Ayat pertamanya membuatkan aku tertanya: apa maksud Bro. Shams?. Bro. Shams meneruskan kata-katanya lagi: jika kamu ingin menjadi sebatang pensil yang bermanfaat, kamu haruslah:
  • Pertama membiarkan orang lain memegangmu agar dia dapat memulakan penulisannya. 
  • Kedua, jangan kamu fikirkan tentang kecantikan badanmu kerana apa yang penting bagi sebatang pensil adalah kualiti mata pensil yang ada dalam badannya. 
  • Ketiga, teruslah menulis walaupun kamu telah melakukan kesilapan dalam penulisanmu kerana akan ada pemadam yang akan membantumu untuk memadamkan dan memperbetulkan kesilapanmu. 
  • Keempat, tahanlah dan bersabarlah dengan kesakitan ketika mata pensilmu diasah, kerana hasilnya nanti mata pensilmu akan menjadi lebih tajam dan akan membolehkan orang lain menggunakanmu untuk meneruskan penulisannya. 
  • Kelima, disaat keadaaanmu sudah menjadi pendek dan tidak mampu untuk digunakan lagi, janganlah kamu bersedih tetapi berbahagialah kerana kamu telah meninggalkan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain semasa hayatmu, iaitu penulisanmu. 
  • Semoga apa yang kamu tulis itu akn bermanfaat kepada orang yang akan kamu tinggalkan nanti. Itulah sebatang pensil yang bermanfaat untuk orang lain. 


Selepas mendengar kata-kata itu aku mula sedar, apa persediaan ku untuk menjadi seperti sebatang pensil yang bermanfaat itu? Apa tindakkan yang telah aku lakukan untuk membantu orang lain? 
Muhasabah diri, mulakan langkah persediaan untuk menjadi sebatang pensel yang bermanfaat.

Kenangan dengan Bro. Shams selepas tamat presentation last project untuk subject CCT,
(Evaluation  for Biah Arabic Campaign)
G502 and Bro. Shams.

Tuesday 18 February 2014

Bersama







Kenangan kita ketika dibangku sekolah tidak mungkin ku lupa,

Kenangan yang dicipta dengan mengharap Redho-Nya,

Persahabatan yang Indah,

Kini kita berpisah ,

Kerana masing-masing mengejar cita-cita,

Membawa misi perjuangan,

Menegak Agama tercinta,

In Shaa Allah Dengan Izin Yang Maha Esa kita akan bertemu semula,

Bersama dalam satu soff perjuangan,

Dengan membawa Matlamat yang satu Kerana Allah Subhanahuwataala.



Rindu kalian kuiringi bersama Doa.

A- Atikah

D- Dayah

A- Amal

M- Mira